HomePolitikPRU15 : Jonathan mahu beri tumpuan kepada pembangunan infrastuktur rakyat Ranau

PRU15 : Jonathan mahu beri tumpuan kepada pembangunan infrastuktur rakyat Ranau

Read Time:1 Minute, 15 Second

RANAU : Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin mahu memberi tumpuan kepada pembangunan infrastuktur rakyat di daerah ini yang dilihat masih banyak belum diselesaikan.

Beliau berkata, ini termasuklah keperluan asas seperti air, letrik dan sebagainya yang akan diberi tumpuan sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Jika saya diberi mandat semula pada pilihan raya ini, visi kita adalah untuk membangunkan infrastuktur Ranau.  Ini kerana masih banyak yang belum diselesaikan dan akan kita perbaiki selain dilipatgandakan lagi.

“Begitu juga dengan keperluan asas seperti air, letrik dan sebagainya akan kita beri tumpuan supaya tidak ada lagi tempat-tempat perkampungan yang tidak menikmati kemudahan seperti ini.

“Ini kerana banyak tempat di Ranau ini mengalami masalah pada masa sekarang,” katanya ketika ditemui Sabah Media pada majlis ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Perancangan di sini hari ini.

Sementara itu, Jonathan yang juga penyandang kerusi Parlimen Ranau berkata, selepas seminggu berkempen, beliau melihat reaksi yang positif daripada para pengundi di kawasan berkenaan.

Katanya, pilihan raya kali ini adalah hak rakyat untuk memilih pemimpin yang boleh membawa suara rakyat negeri ini ke Parlimen.

“Selepas seminggu daripada penamaan calon, kita dapati bahawa respon rakyat begitu baik kerana mereka begitu tahu bahawa pilihan raya ini adalah hak mereka untuk memilih pemimpin.

“Selain itu, saya juga melihat parti-parti calon yang bertanding juga bertanding secara sihat antara satu dengan lain.  Kita berharap bahawa proses ini terus berjalan dengan baik sehingga selesai paa hari pengundian,” katanya. – SABAH MEDIA / EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya