HomeUtamaPendidikan Amat Penting Untuk Masa Depan, Hajiji Serah Bantuan Tambahan Buat Sekolah...

Pendidikan Amat Penting Untuk Masa Depan, Hajiji Serah Bantuan Tambahan Buat Sekolah St Joseph

Read Time:2 Minute, 28 Second

PAPAR – Pendidikan amat penting kepada kita di dalam memacu pembangunan, pemodenan dan juga untuk diri kita sendiri tegas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor hari ini.

Katanya Pendidikan adalah kunci kepada kita untuk berjaya dalam hidup masing-masing dan dapat membantu  keluarga kita.

“ Kerana itu apabila kita menempatkan hala tuju modal insan sebagai keutamaan, Kerajaan negeri di bawah gagasan Sabah Maju Jaya  telahpun menubuhkan satu Yayasan Pendidikan Negeri.

“ ini kerana bagi saya Pendidikan ini amat penting dan kita ada satu yayasan Pendidikan negeri yang bertujuan untuk membantu rakyat ataupun mereka yang tidak berkemampuan serta  susah membayar yuran kemasukan ke Intitusi Pengajian Tinggi dan sebagainya.

“ Kita tumpu ini supaya mereka dapat membantu rakyat Sabah yang berada di dalam  golongan B40 ataupun mereka yang miskin dan kerajaan negeri  menyediakan dana permulaan lebih kurang RM 50 juta ringgit untuk Yayasan Pendidikan ini katanya ketika berucap di majlis Perasmian Bangunan tambahan SMK St Joseph di Papar di sini hari ini.

Tambah Hajiji lagi  Tujuan tabung dan Yayasan ini adalah untuk memastikan setiap rakyat tanpa megira suku kaum dan keturunan, kepercayaan agama mereka, jika mereka mempunyai masalah , kerajaan negeri boleh menghulurkan bantuan yang penting kepada mereka untuk sampai ke intitusi pengajian tinggi.

“ Banyak rakyat Sabah ataupun penuntut-penuntut kita yang cemerlang dalam keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia, tetapi tidak boleh pergi ke universiti kerana masalah kemiskinan dan tidak mampu membayar yuran pengajian.

Jadi inilah kita buat dan kita lakukan kerana kerajaan negeri mahu memastikan  setiap rakyat kita di mana sahaja mereka berada supaya mereka dapat pendidikan yang sempurna, dapat menerima Pendidikan dan dapat  membawa mereka keluar darpada masalah kemiskinan dan sebagainya..

Menyentuh megenai sekolah daif di Negeri Sabah Hajiji berkata Kerajaan negeri kerap membangkitkan isu kedaifan dan kekurangan infrastruktur Sekolah di Negeri Sabah apabila bertemu dengan kerajaan Pusat.

Katanya Kita mahu kerajaan  memberikan kemudahan kepada anak-anak kita di Sekolah, kerana itu setiap kali bermesyuarat bersama pimpinan kerajaan Persekutuan, kita minta mereka bagi peruntukan banyak untuk membangun sekolah-sekolah di Sabah terutama sekolah – sekolah daif di pedalaman dan di mana sekolah yang masih belum sempurna.

Hajiji kemudiannya mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM 200 ribu ringgit untuk membeli keperluan peralatan di bangunan itu iaitu tambahan dari RM 600 ribu yang telah diberikan sebelum ini.

Tambah Hajiji lagi, Peruntukan tambahan ini diberikan supaya anak anak kita berasa selesa, kerana bagi dirinya ini adalah asas yang paling penting untuk Pendidikan anak-anak kita di Sekolah.

Dalam pada itu ,Hajiji turut telah menyampaikan bantuan kewangan ‘one-off’ daripada Yayasan Sabah kepada bekas pelajar SMK St Joseph Papar yang cemerlang namun menghadapi kekangan kewangan untuk memyambung pengajian mereka di menara gading.

Turut hadir di Program itu, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian , YB Tuan Mohd Tamin @ Tamin bin Zainal, , Pengarah Yayasan Sabah Yb Haji Ghulam Haidar bahadar , yang juga Adun Kawang, Adun Limbahau  Datuk Juil Numanti, Pengarah Pendididkan Negeri Sabah, Datuk Tah Nia Haji Jaman, Dif-dif kehormat  serta -tetamu dan ibu bapa Sekolah St Joseph, Papar Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya