HomeSukanJaga keselamatan, Elak insiden tidak diingini berlaku - Kim Swee

Jaga keselamatan, Elak insiden tidak diingini berlaku – Kim Swee

Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU : Sokongan padu penyokong amat diperlukan bagi membantu memberi semangat kepada Sabah FC untuk meneruskan saingan Separuh Akhir Pertama TM Piala Malaysia 2022 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) FC di Stadium Likas di sini malam esok.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau juga mahu para penyokong menjaga keselamatan dan mempunyai semangat berpasukan agar menjadi contoh kepada penyokong yang hadir.

“Kepada para penyokong saya harap mereka hadir memberi semangat memberi sokongan yang padu terutama apabila kita bermain dengan pasukan JDT dalam peringkat separuh akhir dan ini juga merupakan perlawanan terakhir kita untuk musim ini.

“Pada masa yang sama saya harap para penyokong dapat menjaga keselamatan memberikan sokongan dan juga menunjukkan satu semangat berpasukan atau kita menjadi contoh kepada semua para penyokong yang akan hadir tak kira penyokong JDT ataupun pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kim Swee juga berharap agar tidak akan berlaku sebarang insiden yang boleh memberi impak negatif dan menyeru agar para penyokong hadir memberi sokongan kepada pasukan The Rhinos.

Dalam pada itu, Kim Swee berkata, tidak banyak yang dapat dilakukan khususnya dari segi latihan selepas perlawanan menentang Kuching City FC Jumaat lalu.

Katanya, hanya latihan-latihan ringan sahaja dapat dilakukan termasuk latihan sehari sebelum perlawanan.

“Jadi saya harap semua pemain dalam keadaan yang cukup cergas dan seperti biasa ramai pemain yang tidak dapat diturunkan seperti Park Taesu; (Jose) Embalo dan Jackson (De Sauza).

“Mereka yang cedera ini sudah tentu tidak akan diturunkan kerana masih mengalami kecederaan disamping Gary (Steven Robert) termasuk Khairul Fahmi (Che Mat) dan juga Stuart Wilkin serta Irfan Fazail yang tidak diturunkan menentang JDT.

“Jadi kita akan bermain dengan pemain-pemain sedia ada dan saya percaya mereka mampu menjalankan tugas yang baik apabila bermain pada malam esok terutama apabila bermain di tempat sendiri,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Sukan

Veteran kekal aktif hayun raket di usia emas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular