HomePolitikPRU15 : Tsai Yiew mahu lakukan perubahan, realisasikan 'KK Baharu'

PRU15 : Tsai Yiew mahu lakukan perubahan, realisasikan ‘KK Baharu’

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Suara dan aspirasi golongan belia khususnya di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu menjadi antara perkara utama yang akan diperjuangkan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Kota Kinabalu Yee Tsai Yiew.

Katanya, ia termasuklah mahu menyelesaikan isu-isu tempatan yang sering dihadapi masyarakat di sekitar Kota Kinabalu.

Menurutnya, Kota Kinabalu mempunyai segala yang diperlukan untuk menjadi sebuah kawasan yang maju namun memerlukan seseorang yang boleh melakukan perubahan yang nyata.

“Saya ingin merealisasikan Kota Kinabalu Baharu dan membawa pembaharuan kepada bandaraya ini selepas sekian lama kita diwakili oleh pihak yang satu lagi, dan seperti yang kita lihat selepas tiga penggal boleh dikatakan kebanyakkannya adalah daripada pembangunan Kerajaan Negeri.

“Seharusnya, sebagai wakil rakyat di parlimen, seseorang itu haruslah lantang menyuarakan hasrat dan aspirasi rakyat, terutama dalam kita memperjuangkan hak rakyat Sabah sebagai salah satu rakan kongsi untuk pembentukan negara kita yang tercinta, Malaysia,” katanya.

Tsai Yiew berkata, beliau juga bertekad untuk memberi fokus kepada isu pendidikan, kesesakan lalu lintas, masalah banjir, pemerkasaan ekonomi belia dan idea pembangunan ekonomi setempat bagi mengubah nasib rakyat khususnya bagi rakyat yang terhimpit dengan kemiskinan bandar.

Beliau juga sedia maklum bahawa sebagai muka baharu ianya akan berhadapan dengan stigma kurangnya pengalaman dan kredibiliti dalam politik.

“Sebagai wajah baharu dalam politik, saya tahu saya akan menghadapi cabaran yang berbeza seperti aspek kepercayaan orang terhadap kemampuan saya sebagai wakil rakyat.

“Namun begitu, saya percaya dengan diri saya dan juga parti yang saya wakilkan dalam memperjuangkan suara rakyat di parlimen, jika saya diberikan peluang itu,” katanya.

Menurut Tsai Yiew, parti GRS adalah sebuah parti yang merangkumi semua suara rakyat Sabah.

“Parti GRS adalah sebuah parti yang progresif yang memberikan peluang kepada semua tanpa sebarang diskriminasi, tidak kira bangsa, kaum, umur atau jantina.

“GRS adalah parti yang menuju ke depan dan memastikan generasi muda siap siaga memacu ke hadapan. GRS adalah pilihan terbaik bagi seluruh Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular