HomePolitikPRU15 : Ketua PDM, Cawangan Warisan nyata sokongan kepada Ronald

PRU15 : Ketua PDM, Cawangan Warisan nyata sokongan kepada Ronald

Read Time:1 Minute, 33 Second

BELURAN: Seorang Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan Ketua Cawangan Parti Warisan (WARISAN) di Beluran hari ini keluar parti dan menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, calon Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Beluran.

Ismail Butai, 63, Ketua PDM WARISAN Klagan dan Kamri Juhai, 73, Ketua Cawangan WARISAN Bukit Besi menyerahkan borang keahlian menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kepada Ronald, Ketua Bahagian BERSATU Beluran dalam satu program di Kampung Bukit Besi, hari ini.

Bagi mereka, keperibadian dan jasa Ronald dalam melaksanakan pembangunan di Beluran khususnya di kampung mereka (Bukit Besi) menjadi faktor untuk menyokong beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ini.

Ismail berkata faktor utama dia membuat keputusan menyokong Ronald dan menyertai BERSATU disebabkan keperibadian dan keikhlasannya membantu rakyat serta rekod pelaksanaan pembangunan yang berterusan di Beluran.

Katanya di Kampung Bukit Besi ini, antara bantuan dan pembangunan secara terus dibawa oleh Ronald adalah bantuan enjin bot kepada nelayan, jambatan dan dewan.

“Selain itu, Datuk (Ronald) juga ikhlas dalam membantu rakyat. Saya antara yang telah dibantu ketika saya menguruskan rawatan kesihatan anak menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur,” katanya.

Bagi Kamri, dia membuat keputusan menyertai BERSATU dan memberikan sokongan kepada Ronald kerana hilang keyakinan terhadap WARISAN dalam aspek melaksanakan pembangunan di Beluran dan membela nasib rakyat.

“Sudah lama saya menyimpan niat menyertai BERSATU dan memberikan sokongan kepada Ronald. Pada PRU Ke-15 ini, saya jadikan ia kenyataan dan menyokong kuat pencalonan beliau serta memastikan kemenangan Ronald pada PRU Ke-15 di P.183 Beluran ini.

“Bagi saya, Ronald terbukti ada pencapaian baik dalam melaksanakan pembangunan di Parlimen Beluran dan menjaga kebajikan rakyat ketika diperlukan,” katanya.

Kerusi Parlimen Beluran menyaksikan pertandingan lima penjuru dengan calon lain ialah Benedict Asmat (BN) Rowiena Rasid daripada Parti Warisan (WARISAN), Hausing Samsudin @ Sudin (Pejuang) dan Felix Joseph Saang daripada Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mewakili Pakatan Harapan. SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya