HomeUtamaKerajaan GRS-BN sentiasa adil kepada semua masyarakat di negeri ini

Kerajaan GRS-BN sentiasa adil kepada semua masyarakat di negeri ini

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sentiasa bersikap adil kepada semua masyarakat di Sabah termasuk kaum Cina.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Ronald Chia berkata, ia dapat dibuktikan menerusi pelantikan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik.

Katanya, meskipun tiada wakil Cina dalam Kabinet GRS-BN, Ketua Menteri juga melantik berapa individu dalam kalangan kaum Cina di peringkat syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).

Ini termasuklah Datuk Seri Yee Moh Chai (Pengerusi Sabah Credit Corporation); Datuk Edward Yong (Pengerusi Hyatt International Hotel); Datuk Vincent Pung mengetuai Bank Pembangunan Sabah dan Tan Sri Chong Kah Kiat sebagai Penasihat Khas Ketua Menteri berkenaan Pelancongan.

Selain itu turut dilantik ialah Datuk Peter Thien sebagai Penasihat Khas Ketua Menteri mengenai Kewangan dan Ekonomi; Datuk Adeline Leong sebagai Pengerusi IDS dan ramai lagi pemimpin politik dan masyarakat Cina dalam jawatan kerajaan.

“Ketua Menteri juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Ekonomi Sabah yang dianggotai oleh Pengusaha Industri Cina Sabah untuk menasihati Kerajaan Negeri.

“Selain itu Ketua Menteri telah memperuntukkan peruntukan tertinggi kepada pertubuhan-pertubuhan bukan Islam termasuklah sekolah-sekolah Cina (persendirian atau kerajaan), Tokong Cina, ‘Mission School’, Gereja dan Tokong Hindu.

“Untuk tahun ini sahaja sebanyak RM47 juta dan tahun 2023 pula RM54 juta. Ini semua diumumkan oleh Ketua Menteri sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Ronald berkata, dari segi pelaburan pula, ramai pelabur China menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Ketua Menteri.

Katanya, Ketua Menteri telah mengamalkan bentuk kepimpinan yang menyeluruh dan konsensus beliau dalam membawa semua parti membentuk GRS yang sekaligus mewujudkan kestabilan politik di negeri Sabah.

“Saya menyeru masyarakat Cina menolak parti politik yang menyamakan kita dengan anjing dan kucing,” katanya. –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Warga emas ditemui lemas semasa memukat di pantai Kuala Putatan 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya