Kenduri sekampung dekati pengundi, eratkan silaturahim

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh NUR ISTIQOMAH

LAHAD DATU : Satu program Pemuda Kenduri Sekampung telah diadakan di Kampung Bugis Batu 1, Jalan Segama, Lahad Datu di sini baru-baru ini yang melibatkan jentera pemuda Barisan Nasional (BN) Lahad Datu dan Kinabatangan.

Ketua Pemuda UMNO Lahad Datu, Adam Daniel@Francis berkata, program kenduri sekampung ini bertujuan untuk menziarahi para pengundi serta mengeratkan tali silaturrahim.

“Program kita ini adalah program kenduri sekampung yang diadakan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Jalan Segama, dan pengisian sebenar kita adalah bertujuan membuat ziarah kasih bagi mengeratkan silaturrahim.

“Ziarah ini juga untuk mnghulurkan sedikit bantuan dan memyantuni mereka yang tidak bernasib baik kerana masalah kesihatan dan sebanyak tiga buah rumah telah kami ziarahi.  Semoga mereka semua cepat sembuh,” katanya.

Penyelaras program, Mohd Asraf Usug berkata, perkara itu merupakan inisiatif Pemuda UMNO Lahad Datu bagi mendekati golongan sasar.

“Program ini berasaskan inisiatif Pemuda UMNO Lahad Datu mendekati golongan sasar, dan saya percaya bahawa inisiatif ini akan kita lakukan dalam masa masa ynag mendatang.  Untuk kali ini BN dengan manifesto yang cukup syumul pada pendapat saya memberi satu gambaran yang jelas kepada golongan belia dan mahasiswa.

“BN hadir dengan tawaran yang baru seiring dengan perkembangan zaman dan masa, saya yakin jika belia melihat kepada manifesto yang dibawa sebenarnya membuka lebih banyak peluang dan kelebihan kepada golongan golongan belia pada masa akan datang,” katanya.

Katanya, dinamika politik dan kesedaran para belia dan mahasiswa pada masa kini telah berubah dan berada dintahap yang berbeza berbanding sebelum ini.

“Dinamika politik di Malaysia pada masa kini sudah berubah dan berada di satu tahap yang berbeza, dan saya cukup yakin literasi politik di kalangan anak muda telah beranjak daripada satu tahap yang berbeza,” katanya.

Beliau berharap agar para mahasiswa untuk turut cakna dan melibatkan diri dalam kegiatan politik.

“Buat para mahasiswa, sebenarnya mereka tidak patut ada rasa bahawa mereka ini terpinggir daripada arus politik kerana kita mahukan tenaga dan bakti golongan para mahasiswa agar negara ini bergerak seiringan dengan negara maju,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *