HomeIsu tempatanPBNS sumbang RM25,000 kepada lima institusi kebajikan

PBNS sumbang RM25,000 kepada lima institusi kebajikan

Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU:   Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) menyumbangkan sebanyak RM25,000 kepada lima institusi kebajikan di negeri ini.

Pengerusi PBNS, Datuk Dr. Omar Raisul Assalam Syah Sulaiman Omar berkata, sumbangan daripada dana Kumpulan Wang Amal Jariah Baitulmal (KWAB) itu disalurkan untuk menyantuni golongan pelajar di beberapa buah madrasah.

Antaranya Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Karim Kampung Benoni Papar, Darul Uluumil Quraniyyah As Sobirin Kinarut, Papar, Maahad Tahfiz Swasta Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Babussalam, Kudat, Madrasah Tahfiz Al-Quran Nahdatul Ilmiah Taman Sempelang dan Persatuan Pengurusan Home Tuaran. 

“PBNS bekerjasama dengan Yayasan Nur Jauhar (YNJ) untuk menyantuni golongan yang memerlukan dan menepati kriteria yang ditetapkan.  PBNS menyumbang RM5,000 sementara YNJ menyumbang RM10,000 menjadikan jumlah yang diterima oleh setiap institusi ialah RM15,000.

“Kami juga mempunyai perancangan untuk bekerjasama dengan YNJ dan agensi kerajaan yang lain dalam beberapa program pada masa akan datang,” katanya kepada media.

Penyerahan bantuan kewangan disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin serta isteri, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni di Istana Seri Kinabalu.

Pada majlis tersebut, YNJ turut menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah.

Sementara itu,  Pengetua Mahad Tahfiz Benoni, Ag Arsad Ag Kahar menzahirkan rasa syukur dan gembira kerana menjadi penerima sumbangan buat kali ketiga sejak tiga tahun lalu.

“Terima kasih kepada Baitulmal dan YNJ kerana sumbangan ini sangat membantu ini adalah kali ketiga kami menerima sumbangan dari YNJ, menjunjung kasih Tuan Yang Terutama Tun dan Toh Puan,” katanya.

Berkongsi kegembiraan yang sama ialah Penyelaras Persatuan Pengurusan Home Tuaran, Dr Arsiah Bahron yang berpandangan sumbangan tersebut dapat membantu kos operasi di institusi berkenaan.

“Saya amat berterima kasih atas sumbangan ini yang dapat membantu operasi kami di rumah kebajikan. 

“Biasanya untuk belanja operasi, kita perlu membeli bahan-bahan mentah untuk penghuni dan membayar elaun staf di samping melengkapkan kemudahan asas serta kos utiliti,” jelas beliau.

Manakala, Presiden Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah, Datuk Eva Susau pula memaklumkan dana RM10,000 yang diterima akan dimanfaatkan sebaiknya untuk membantu membiayai kos pembedahan bagi golongan pesakit jantung kanak-kanak yang kurang mampu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular