HomeUtamaHanya parti pimpinan kerajaan sahaja mampu bawa pembangunan di Sabah - Maximus

Hanya parti pimpinan kerajaan sahaja mampu bawa pembangunan di Sabah – Maximus

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA MARUDU: Sehari sebelum hari pengundian, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyeru kepada rakyat di sini untuk mengundi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Presiden Parti Bersatu Sabah berkata kemenangan untuk GRS penting demi meneruskan usaha membangunkan kawasan ini.

Maximus, yang berhasrat untuk mengekalkan kerusi parlimen beliau untuk penggal ketujuh, menegaskan hanya parti yang dipimpin oleh kerajaan kini mampu menjamin pembangunan di seluruh negeri.

“Adalah tidak wajar untuk menyatakan Kota Marudu sebuah daerah yang mundur kerana kita sendiri menjadi saksi kepada pembangunan di kawasan ini.

“Jika dahulu, anak-anak muda terpaksa berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan, kini dengan pembangunan yang semakin pesat, mereka boleh bekerja di tempat sendiri.

“Namun, walaupun dengan tahap pembangunan yang ada di masa ini, masih ada ruang untuk dibangunkan. Sekiranya saya diberi peluang sekali lagi (untuk berkhidmat), saya akan pastikan usaha diteruskan untuk memajukan lagi Kota Marudu,” ujar Maximus pada hari terakhir kempen pilihanraya ke-15 beliau.

Beliau menambah bahawa sepanjang tempoh dua minggu berkempen, pihak pembangkang telah berusaha menanam racun di kalangan masyarakat dengan mempersoalkan keadaan kesihatan dan kegagalan beliau membawa pembangunan di daerah ini.

“Tapi saya tidak mudah goyah. Biarlah mereka bercakap bohong tapi anda tahu kebenarannya,” ujar Maximus.

Beliau ditentang mantan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia Kota Marudu Datuk Wetrom Bahanda yang telah melompat ke Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat untuk bertanding kerusi parlimen.

Selain Wetrom, Parti Warisan juga meletakkan ahli baru mereka Datuk Jilid Kuminding untuk bertanding dalam pertarungan enam penjuru di Kota Marudu, Shahrizal Denci dari Ranau mewakili MUDA, Mohd Azmie Zulkiflee (Pejuang Tanah Air) dan calon bebas sulung, Norman Tulang.

Maximus yakin kemenangan berpihak dengan GRS berdasarkan sokongan dari semua pemimpin dan penyokong GRS, parti mesra GRS, dan Barisan Nasional.

“Dulu kita lain-lain, tetapi kini kita semua bersatu demi membawa kemenangan GRS.

“Jangan terpedaya dengan gula-gula politik dari pihak pembangkang. Mereka hanya pandai menabur janji-janji manis.

“Jangan biarkan kesilapan memilih esok (Sabtu) menjadi penyebab kesengsaraan kita dalam tempoh lima tahun kelak,” nasihat Maximus.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya