HomeIsu tempatanPRU15 : Personaliti, sumbangan calon pengukur utama pengundi baharu buat pilihan

PRU15 : Personaliti, sumbangan calon pengukur utama pengundi baharu buat pilihan

Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU : Personaliti seorang calon selain sumbangan kepada masyarakat setempat berbanding parti yang diwakili menjadi antara pengukur utama kepada pengundi baharu untuk membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menjelang pembuangan undi pada esok, Sabah Media berkesempatan bertemu dengan beberapa pengundi baharu yang turut teruja untuk mengundi di kawasan yang telah ditetapkan.

Bagi Elfyeyon Jupinin,22, berkata, beliau amat teruja untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi buat pertama kalinya.

“Sebelum ini saya hanya dengar daripada orang lain, tapi kali ini saya dapat merasai sendiri pergi mengundi.  Saya berharap agar mana-mana pihak yang menang nanti akan dapat mentadbir negara dengan baik.

“Sudah pasti, ini juga adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat, jadi undian kita akan menentukan siapa yang akan mentadbir negara pada masa akan datang,” katanya.

Elfyeyon yang berasal daripada Keningau turut menasihatkan kepada rakan-rakan lain untuk membuat sedikit survei mengenai calon-calon bertanding sebelum membuat pilihan.

Meskipun baru pertama kali mengundi, beliau turut menghadapi kekangan untuk pulang mengundi berikutan kos pengangkutan yang tinggi.

“Saya mengundi di Keningau, boleh dikatakan pengangkutan adalah antara faktor kepada cabaran saya untukpulang mengundi.  Namun saya tetap bersemangat untuk pulang menunaikan tanggungjawab kepada negara,” katanya.

Bagi rakannya, Falmon Kain,21, turut mengakui teruja untuk membuat pilihan pada pilihan raya kali  ini dalam menentukan masa depan negara.

Katanya yang berasal daripada Kudat mahu negara akan lebih stabil untuk tempoh lima tahun akan datang selain mampu memberi sumbangan kepada rakyat dikawasan yang diwakili.

“Untuk rakan-rakan yang turun mengundi, saya nasihatkan untuk sentiada menjaga prosedur standard operasi (SOP) sebab kita tahu sekarang masih lagi COVID-19.

“Jika ditanya sama ada memilih parti atau calon, saya lebih memilih calon kerana sebagai seorang pemimpin ia akan dinilai bergantung kepada kepimpinan itu sendiri,” katanya.

Turut berkongsi pandangan, Cody Ryan James,18, berasal daripada Penampang turut gementar untuk membuat pilihan pada pembuangan undi esok.

Katanya sebagai mahasiswa, beliau berharap agar Kerajaan yang dipilih nanti boleh memberi tumpuan kepada pendidikan khususnya kepada golongan B40 dan M40.

“Sebagai siswa, saya berharap dari segi pendidikan kerajaan boleh menolong kepada terutamanya kepada masyarakat B40, M40 juga perlu pertolongan tapi saya lebih kepada terutamanya bantuan kepada B40.

“Ini kerana mereka ini golongan yang betul-betul memerlukan bantuan supaya mereka dapat belajar dengan sebaiknya dan mendapat pekerjaan yang lebih memanfaatkan mereka, mahupun memanfaatkan negara kita,” katanya. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PPK Wanita USIA bakal jadi ‘Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular