Penduduk ambil peluang jana pendapatan sempena Hari Mengundi PRU15

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BEAUFORT: Penduduk Kampung Lupak di daerah ini tidak melepaskan peluang untuk menambah pendapatan sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU15) di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Lupak.

Tinjauan mendapati beberapa penduduk kampung membuka gerai jualan makanan dan minuman berdekatan dengan pusat pengundian.

Disamping menjana pendapatan mereka juga dapat mengeratkan tali silaturrahim antara masyarakat setempat tanpa menghiraukan ideologi politik.

“Selain dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih, kami juga dapat menambah pendapatan keluarga setiap kali musim pilihan raya, ramai pengundi dan bukan pengundi juga datang membeli jualan kami di sini,” katanya ketika ditemui Sabah Media di sini hari ini.

Peniaga Rupiah Okrih, 60, berkata, beliau bersyukur dan gembira setiap kali hari pilihan raya di kampung itu, mereka penduduk kampung terdiri dari suri-suri rumah mengambil peluang untuk membuka gerai jualan makanan dan minuman.

Pengundi Parlimen Sipitang, Hafizah Jismin Lim Fatt Lee @ Jismil, bersama suami Hj Johari Samih.

Sementara itu, pengundi Parlimen Sipitang Hafizah Jismin Lim Fatt Lee @ Jismil, 40, turut menunaikan tanggungjawab membuang undi di Pusat Mengundi SK Pekan Sipitang.

Hafizah berkata, selain mengawal harga barang keperluan diharap wakil rakyat yang menang di kawasan parlimen Sipitang nanti akan dapat menangani segala permasalahan yang dihadapi penduduk seterusnya memajukan kawasan parilrnen itu.

Pengundi muda menunggu giliran membuang undi di saluran 3 Pusat Pengundian bagi Parlimen Sipitang di SK Luagan.

Sementara tinjauan di sekitar Parlimen Beaufort dan Parlimen Sipitang mendapati proses pengundian berjalan lancar.

Di Parlimen P.177 Beaufort, menyaksikan pertembungan enam penjuru terdiri calon-calon bertanding iaitu Datuk Siti Aminah Aching (BN), Dikin Musah (PH), Masri Adul (Warisan) Johair Mat Lani (PKDM), Matlani bin Sabli (Bebas) John @ Christopher bin Ghani (Bebas). Pengundi berdaftar berjumlah 43,248, penyandang kerusi Parlimen Beaufort Datuk Seri Azizah Dun (BERSATU)

Manakala Parlimen P.178 Sipitang pula menyaksikan persaingan tiga penjuru iaitu calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Matbali Musah,Adnan OKK Puteh (Warisan) dan Lahirul Latigu (PH). Pengundi berdaftar berjumlah 45,871, penyandang kerusi Parlimen Sipitang Datuk Yamani Hafez Musa (BERSATU)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *