HomeUtamaPRU15 : Maizatul tunai tanggungjawab mengundi seawal pagi

PRU15 : Maizatul tunai tanggungjawab mengundi seawal pagi

Read Time:41 Second

Oleh NUR ISTIQOMAH

LAHAD DATU : Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lahad Datu Maizatul Akmam Alawi menjadi antara calon terawal yang membuang undi di Pusat Pengundian di Sekolah Kebangsaan Pekan Tiga di sini pagi tadi.

Beliau yang hadir kira-kira jam 7.30 pagi itu tetap bersemangat menunaikan tanggungjawab meskipun dalam keadaan cuaca hujan renyai-renyai.

Tinjauan Sabah Media mendapati hujan yang turun tidak menjadi pematah semangat bagi para pengundi untuk turun menunaikan tanggungjawab mereka bagi menjayakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Maizatul selesai melakukan pembuangan undi kira-kira selepas 15 minit dan selesai meninggalkan pusat mengundi sekitar 7.50minit pagi.

Parlimen Lahad Datu turut menyajikan pertembungan tiga penjuru di antaracalon WARISAN, Datuk Yusof Apdal, dan mewakili Parti Harapan, Sia Yu Hock.

Berdasarkan rekod, Parlimen Lahad Datu mempunyai jumlah 100,256 pemilih berdaftar. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KePKAS lulus peruntukan RM90,000 baik pulih Dewan Tadika Chung Hwa Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular