HomePolitikJangan kalut, ini tempoh bertenang: BN Sabah

Jangan kalut, ini tempoh bertenang: BN Sabah

Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Senario semasa yang berlaku antara gabungan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepatutnya tidak dikalutkan namun perlu terus mengekalkan perpaduan sedia ada.

Ketua Penerangan BN Sabah, Datuk Raime Unggi berkata, apa yang lebih baik adalah semua pemimpin, ahli atau penyokong kedua-dua gabungan berkenaan mengambil langkah bertenang selain tidak menimbulkan sebarang kenyataan mampu mengguris hati.

Katanya, kedua-dua pimpinan sudah bersuara dan ada baiknya menanti setiap perkembangan melibatkan kedudukan semasa di ibu negara sebelum membuat sebarang keputusan.

“Bagi kami di BN Sabah, kami akan akur setiap keputusan yang diambil oleh pusat namun dalam masa sama kita juga mengambil pendekatan terus bermuafakat dengan gabungan yang ada.

“Soal siapa sokong siapa, biarlah peringkat atasan yang membuat keputusan, ” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Raime pada masa sama turut bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan GRS, Datuk Joniston Bangkuai yang meminta semua pihak bertenang dan lebih memberi fokus kepada kebajikan rakyat Sabah.

“Memang keadaan agak ‘panas’ di Kuala Lumpur yang turut melibatkan beberapa pemimpin kita yang menang Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

“Tetapi saya yakin dan percaya, dengan kemuafakatan yang ada sekarang, kita boleh elakkan sebarang konflik yang mungkin digembar-gemburkan sesetengah pihak untuk mengatakan gabungan ini sedang bertelagah.

“Jadi sebagai semangat setiakawan, saya berharap sekiranya membuat sebarang kenyataan, ia perlulah dirujuk kepada kedua-dua pihak terlebih dahulu kerana senario semasa ini lebih memaksa kita mendiamkan diri terlebih dahulu sebelum mengatakan sesuatu, ” katanya.

Baru-baru ini, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin membidas kenyataan Ketua GRS, Datuk Seri Hajiji Noor yang mendedahkan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia pada pasca PRU15.

Sambil menyifatkan ia seolah mengistiyarkan perang kepada BN Sabah, kenyataan Bung Moktar kemudiannya disangkal Hajiji dengan mengatakan ianya tidak bermaksud sedemikian, sebaliknya mendakwa perjanjian yang dibuat tidak sah memandangkan BN telah kalah dalam PRU-15 kali ini.

Hajiji bagaimanapun berharap BN Sabah terus sudi berkerjasama dengan GRS mentadbir Sabah dalam mengekalkan momentum pentadbiran kerajaan yang diterajui bersama. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hentikan fitnah, Musa Aman pilihan tepat sebagai TYT Sabah – Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular