HomeUtamaPolis tahan lelaki disyaki ancam bunuh Agong

Polis tahan lelaki disyaki ancam bunuh Agong

Read Time:30 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dipercayai membuat hantaran berbaur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah ditahan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi hari ini mengesahkan penahanan tersebut.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Arjunaidi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat berhubung kes berkenaan.

Semalam, tular menerusi media sosial tangkap layar Instagram Story dipercayai milik seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang mempersoalkan kewibawaan dan mengancam keselamatan Seri Paduka Baginda.

Tindakan lelaki berkenaan mengundang kemarahan orang awam dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atasnya. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular