HomeUtamaPerbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok

Read Time:1 Minute, 6 Second

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengadakan satu Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara esok.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu adalah bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu untuk membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

“Seri Paduka Baginda menyeru agar seluruh rakyat dan semua pihak untuk terus beristiqomah dan bertenang sehingga proses untuk membentuk kerajaan baharu selesai.

“Sesungguhnya, masa depan negara tumpahnya darah kita adalah terlalu berharga dan wajar kita rencanakan dengan penuh cermat serta teliti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Fadil berkata, rakyat telah membuat keputusan untuk memilih wakil mereka dan terserah kepada Wakil Rakyat untuk mencari penyelesaian bagi mengurai kemelut yang membelenggu rakyat jelata.

“Seri Paduka Baginda turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan kesejahteraan negara yang tercinta ini,” katanya.

Hari ini, Istana Negara menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menghadap Yang di-Pertuan Agong bermula pukul 10.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, setakat ini hanya tiga wakil BN dan wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang hadir menghadap Seri Paduka Baginda.

Keputusan itu dibuat selepas tiada Ahli Dewan Rakyat memperoleh kepercayaan majoriti mudah 112 sokongan Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah: Keperluan Mewujudkan Lembaga Padi dan Benih Baharu di Sabah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular