HomeIsu tempatanSKM, Gerakan Koperasi Santuni Komuniti Pulau Mabul

SKM, Gerakan Koperasi Santuni Komuniti Pulau Mabul

Read Time:1 Minute, 42 Second

SEMPORNA : Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersama Gerakan Koperasi telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menyantuni komuniti di Pulau Mabul.

Program CSR itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Dato’ Zazali Haron, di Dewan Terbuka SK Pulau Mabul, dekat sini pada 16 November lalu.

Zazali berkata, pelaksanaan Program CSR oleh SKM adalah bertetapan dengan objektif dan matlamat sebenar dalam prinsip koperasi yang ke-7 iaitu Prihatin Terhadap Masyarakat.

Katanya, program ini merupakan usaha murni SKM sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk membantu dan menyokong aktiviti kemasyarakatan serta dapat berganding bahu bersama Gerakan Koperasi dalam konteks sosial selaras dengan prinsip koperasi yang ke-6 iaitu kerjasama antara koperasi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebanyak RM50,650.00 jumlah sumbangan keseluruhan yang terkumpul yang memberi manfaat kepada SK Pulau Mabul sekali gus Komuniti Pulau Mabul khususnya.

Sumbangan tersebut diperolehi dari kerjasama strategik iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Koperasi Co-op Bank Pertama Malaysia Berhad, Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad, Koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Koperasi Sahabat Amanah Iktiar Malaysia Berhad, Koperasi Maal Nizami Negeri Selangor Berhad (KOMANI), Koperasi FK Capital Berhad dan Koperasi Nasip Kita Tawau Berhad.

“Ini termasuklah Koperasi Usahawan Balimbang Semporna Berhad yang menawarkan perkhidmatan bot untuk membawa peserta ke majlis perasmian,” katanya.

Menurut Zazali, Gerakan Koperasi mempunyai peranan yang penting dalam pembangunan sosioekonomi sesebuah negara kerana perjuangannya untuk memenuhi keperluan manusia (human needs) adalah signifikan dalam sistem kapitmaalis yang kompetitif.

“Banyak koperasi di seluruh dunia mengeluarkan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk dipasarkan yang mana impaknya dapat mengangkat kedudukan sosial para anggota koperasi serta membuka banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat,” ujarnya.

Sementara itu, pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama SK Pulau Mabul dan komuniti antaranya pemeriksaan kesihatan secara percuma, aktiviti gotong royong, sukaneka, pemberian bantuan bakul makanan dan banyak lagi.

Hadir sama menjayakan program Pengarah SKM Sabah, Matias Kundapin, Guru Besar SK Pulau Mabul, Lawaddin Jammaal, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) Mad Zafar Mad Zahala dan Ketua Cawangan Perubatan KD Sri Semporna, Unit 2 PASKAL Pangkalan TLDM Kapten Dr. Nuradlin Lim Cia Cia, bersama rombongan para Medik.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sapawi pertahan jawatan Yang Dipertua USIA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular