HomeUtamaPeruntukan ADUN Kerajaan ditambah, laksana projek kecil dan sentuhan kasih

Peruntukan ADUN Kerajaan ditambah, laksana projek kecil dan sentuhan kasih

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU : Peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerajaan di Sabah pada tahun hadapan akan ditambah kepada RM3 juta.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia melibatkan agihan RM2.5 kita bagi projek-projek kecil dan RM500,000 untuk sentuhan kasih.

“Saya berharap agar semua Ahli-ahli Yang Berhormat akanmenggunakan peruntukan ini dengan lebih bijak dan saksama demi pembangunan di kawasan masing-masing.

“Marilah kita bersama-sama menyokong dan mendukung Belanjawan 2023 inidemi kesinambungan pembangunan dan kemajuan negeri yang kita sayangi.

“Semoga dengan Belanjawan 2023 ini, ekonomi Negeri Sabah akan dapat diperkasakan lagi ke arah masa hadapan yang lebih cerah, ekonomi yang lebih mampan dan seterusnya menjamin kesejahteraan hidup rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri Sabah 2023 di DUN Sabah di sini hari ini.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, Kerajaan Negeri perlu segerakembali fokus kepada tugas mengurus dan mentadbir negeri selepas selesai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sesuai dengan mandat dan amanah yang telah diberikan oleh rakyat pada Pilihanraya Negeri Ke-16 yang lalu.

Katanya, tempoh lima tahun yang diberikan kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah dan Barisan Nasional (GRS-BN) ini masih berbaki tiga tahun lagi untuk melaksanakan apa yang telah dijanji, khususnya perancangan pembangunan, sesuai dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya iaitu Dasar Pembangunan Negeri.

“Halatuju SMJ yang menjadi asas kepada matlamat memakmurkan Negeri Sabah yang tercinta ini, kian membuahkan hasil yang positif, malah cogan kata Sabah Maju Jaya, semakin menjadi sebutan ramai, walaupun ada ketikanya cogan kata keramat itu dimanipulasi oleh segelintir pihak bertujuan untuk menyindir atau mencemuh Kerajaan.

“Apapun bentuk sindiran atau kata-kata nista yang dilemparkan terhadap Kerajaan pilihan rakyat ini, namun ia tidak sekali-kali memudarkan hasrat dan iltizam Kerajaan Negeri untuk melipatgandakan usaha bagi melaksanakan dasar-dasar pembangunan dalam tempoh tiga tahun mendatang, dan tahun-tahun berikutnya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : 300 Starlink dilokasi yang masalah ketersambungan internet

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular