HomeUtamaKerjasama BN, GRS di Sabah kekal utuh, terus laksana mandat rakyat

Kerjasama BN, GRS di Sabah kekal utuh, terus laksana mandat rakyat

Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) Sabah dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kekal utuh dan akan terus melaksanakan amanah dan mandat rakyat di negeri ini.

Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata,  UMNO dan BN sentiasa berjiwa besar dalam mengekalkan perpaduan antara gabungan yang sedia terjalin.

“Kerjasama dengan GRS tiada masalah dan berjalan baik. Apa yang terjadi adalah luahan hati saja, emosi sikit.

“Politik bukan emosi, politik adalah alat untuk kita dapatkan kuasa dan kuasa itu kita guna pakai bagi bangunkan Sabah,” katanya ketika ditemui pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Beliau juga menjemput semua parti untuk menyertai kerajaan perpaduan bagi memastikan memakmurkan semua rakyat Malaysia.

“Ini keutamaan kita dan politik berlaku lima tahun sekali, tentu saya mahu melihat kerajaan perpaduan yang ditubuhkan ini dapat membela rakyat dan ekonomi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular