HomeLuar negaraRampasan ganja hilang dari simpanan, polis dakwa 'dimakan' tikus

Rampasan ganja hilang dari simpanan, polis dakwa ‘dimakan’ tikus

Read Time:57 Second

AGENSI

UTTAR PRADESH: Pihak berkuasa India mendakwa kehilangan hampir 200 kilogram (kg) ganja rampasan yang disimpan di balai polis kerana dimakan tikus.

Hakim mahkamah Uttar Pradesh, Sanjay Chaudhary, yang dipetik BBC, memaklumkan tikus disifatkan sebagai haiwan kecil yang tidak ‘gentar’ dengan pihak berkuasa.

“Sukar untuk melindungi dadah daripada (tikus),” katanya secara sinis apabila menengar alasan polis.

Chaudhary memberitahu, apabila mahkamah meminta polis mengemukakan bukti, mereka memaklumkan sebanyak 195kg ganja itu ‘dimusnahkan’ tikus.

Difahamkan, ini bukan kes pertama membabitkan ganja kerana menurut Chaudhary, kira 700kg ganja yang disimpan di balai polis di daerah Mathura turut menerima nasib sama.

Beliau berkata polis tidak mempunyai kepakaran dalam menangani perkara itu memandangkan tikus ‘terlalu kecil’.

Pada 2018, lapan pegawai polis Argentina dipecat selepas mereka turut ‘menyalahkan’ tikus kerana kehilangan setengah tan ganja dari gudang polis.

Namun, pakar mempertikaikan dakwaan berkenaan dan menyatakan bahawa tidak mungkin tikus keliru di antara ubat dan makanan.

Malah, jika betul, sudah semestinya banyak bangkai tikus akan ditemui di gudang berkenaan.

Satu kajian yang diterbitkan pada 2019 mendapati bahawa, apabila tikus makmal diberi makan sebatian yang dicampur ganja, ia cenderung menjadi kurang aktif dan suhu badan juga turun. –

RELATED ARTICLES
Luar negaraUtama

Paetongtarn Shinwatra Dipilih Sebagai PM Baharu Thailand

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular