HomeUtamaGRS Setuju untuk sertai Kerajaan Perpaduan, Kerajaan sudah capai sokongan dua pertiga,...

GRS Setuju untuk sertai Kerajaan Perpaduan, Kerajaan sudah capai sokongan dua pertiga, kata PM

Read Time:1 Minute, 12 Second

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perpaduan pimpinannya sudah mencapai sokongan dua pertiga susulan keputusan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyertai pentadbirnya.

Berucap di dalam sidang medianya sebentar tadi, Anwar berkata Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah telah memaklumkan bahawa GRS secara rasmi akan menyertai Kerajaan Perpaduan.

” ini bermakna kekuatan induk kita yang diumumkan semalam termasuk GPS Sarawak, dan sekarang GRS-Sabah, menunjukkan bahawa kita hampir ataupun sudah mencecah kekuatan 2 per tiga Ahli Parlimen yang akan memperkukuhkan kestabilan politik negara dan boleh menumpukan perhatian dalam kerja kita untuk mengangkat martabat negara mengukuh ekonomi dengan maksud membela nasib rakyat katanya.

Dalam pada itu, Isu kos sara hidup, khususnya berkaitan harga barangan yang semakin menekan kehidupan rakyat Malaysia ketika ini, menjadi keutamaan pentadbiran bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Perdana Menteri berkata, beliau akan mengadakan pertemuan segera dengan jabatan dan agensi berkaitan untuk membincangkan perkara berkenaan, selewat-lewatnya Isnin ini.

“Keutamaan saya sekarang ialah kos sara hidup walaupun ada yang positif, umpamanya kekuatan ringgit dan soal bursa saham yang lebih positif sekali gus menunjukkan keyakinan terhadap pentadbiran sekarang.

“Namun, saya masih berasa keutamaan harus diberikan terhadap kos sara hidup dan harga barangan yang mencengkam dan menekan kehidupan rakyat.

“Saya akan mengadakan pertemuan segera dengan jabatan dan agensi berkenana dalam masa terdekat dan jika tidak keberatan mohon adakan pertemuan hujung minggu atau Isnin ini,” katanya pada sidang media, di sini.

demikian dalam sidang media, hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya