DUN Sabah : Jamil Hamzah angkat sumpah sebagai ADUN Bugaya

Read Time:40 Second

KOTA KINABALU : Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-16 Penggal Ketiga dimulakan dengan upacara angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya Jamil Hamzah.

Jamil mengangkat sumpah sebagai ADUN dihadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya.

Jamil berjaya memenangi kerusi DUN Bugaya atas tiket Parti Warisan (Warisan) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan baru-baru ini dengan majoriti 6,629 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Abd Aziz Mohd Ibno yang hanya memperoleh 4,753 undi.

Sementara calon Pakatan Harapan (PH)  Arastam Pandorog hanya memperoleh 562 undi disusuli calon Bebas, Jufazli Shi Ahmad @ Tongko yang mendapat 693 undi.

Manakala calon PPRS Karil PG Kuraini berada ditangga kelima dengan jumlah 150 undi, calon Pejuang Mohd Hassan Abu Bakar 130undi  serta calon PBM Nazmawati Walli dengan 98 undi.- SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.