KOTA KINABALU : Sabah belum mengusulkan Akta Anti Lompat Parti pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kali ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini kerana pihaknya ingin memberi fokus utama kepada pembentangan Belanjawan Negeri Sabah bagi tahun 2023.
“Kita belum lagi bawa dalam persidangan kali ini, kita perlu beri fokus kepada Bajet dahulu,” ketika ditemui media selepas membentangkan Belanjawan Negeri Sabah 2023 di DUN Sabah di sini hari ini.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kerjasama dengan BN Sabah, Hajiji berkata, kerjasama antara dua gabungan itu amat baik dan akan meneruskan kerjasama Kerajaan Perpaduan.
“Nampak bagus, Unity Goverment, apa yang penting ialah kita akan terus fokus memulihkan ekonomi, pembangunan Sabah dan kesejahteraan rakyat, itu yang lebih penting,” katanya.
Sementara itu, Hajiji berkata, kerajaan GRS akan terus memberi keutamaan kepada Sabah dan tidak menjadi masalah untuk memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita memikirkan negeri Sabah, dimana kita memberi keutamaan kepada Sabahg. Jadi Saya ingat Tan Sri (Muhyiddin) tahu hal ini dan dia orang yang lebih bijak.
“Saya ingat kita tidak ada masalah kerana ini keputusan kita dalam GRS,” katanya.