HomeUtamaPengguna Sabah sambut baik GRS Sokong Kerajaan Perpaduan

Pengguna Sabah sambut baik GRS Sokong Kerajaan Perpaduan

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah David Chan menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor kerana dapat menyatupadukan kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan Kerajaan Perpaduan yang dterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita bangga dengan tindakan Ketua Menteri kita yang mengutamakan kepentingan negeri dan rakyat Sabah.

“Bersama dalam kepimpinan Kerajaan Persekutuan Kerajaan Perpaduan adalah langkah terbaik untuk membantu negeri dan rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Menurut David lagi, penyatuan GRS bersama Kerajaan Perpaduan bakal membawa perubahan yang lebih baik kepada negeri dan rakyat Sabah khasnya dalam usaha untuk memulihkan semula keadaan ekonomi semasa.

“Kita perlu bergerak ke depan dan fokus dalam merencanakan proses pemulihan ekonomi kerana rakyat kita sudah semakin susah dan bergelut untuk meneruskan kehidupan.

“Peningkatan kos bahan mentah bagi keperluan harian rakyat nyata amat membebankan rakyat dan menghimpit mereka.

“Saya yakin ekonomi kita mampu dipulihkan dan diperbaiki selepas ini dan rakyat dapat memperoleh manfaat bersama kelak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, David juga menjelaskan bahawa sektor pembinaan turut terjejas kerana masalah kemerosotan ekonomi dan langkah segera perlu diambil untuk menanganinya.

“Kos bahan mentah untuk sektor pembinaan berlipat ganda naik harga seperti keluli, aluminium dan tembaga.

“Tidak ada harga siling yang dikekalkan dan ini menjadi punca kepada pengeluaran kos berlebihan oleh pihak kontraktor.

“Kesan ini akhirnya akan dialami oleh pengguna dan kadar faedah bank turut melonjak tinggi sehinggakan ramai peminjam yang membeli aset dengan pinjaman bank, tidak mampu untuk menanggung kos pembayaran balik kadar faedah yang tinggi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

PBS, Sabah STAR anjur Rumah Terbuka Krismas 25 Dis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular