HomeUtamaTokoh pendidikan, Sidek Baba meninggal dunia 

Tokoh pendidikan, Sidek Baba meninggal dunia 

Read Time:47 Second

KUALA LUMPUR — Tokoh pendidikan, Prof Sidek Baba meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Anaknya, Izzuddin Sidek berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar 7 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Mohon didoakan agar roh ayahanda dicucuri rahmat dan tergolong dalam kalangan para solihin dan muttaqin.

“Jenazah masih di PPUM untuk pengesahan pihak hospital dan protokol Covid-19,” katanya menerusi catatan Facebook.

Sidek yang dilahirkan di Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka pada 12 Jun 1946, pernah menjadi guru selama 18 tahun dan pensyarah Institut Aminuddin Baki selama lima tahun.

Beliau yang menghasilkan banyak buku dan artikel dalam media tempatan, adalah penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009 peringkat kebangsaan.

Sidek dilantik sebagai timbalan dekan akademik Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan dekan Pusat Matrikulasi dari 1992 hingga 1994, serta timbalan rektor UIAM dari 1994 hingga 2002.

Sidek merupakan bekas rakan karib Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Mereka pernah berjuang bersama dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

RELATED ARTICLES
Utama

Bengkel Pembuatan Linangkit, Pakaian Tradisi & Aksesori di Keningau Perkasa Komuniti...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular