HomeUtamaDUN Sabah : BALB Loji Bongawan dijangka selesai pertengahan tahun depan

DUN Sabah : BALB Loji Bongawan dijangka selesai pertengahan tahun depan

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU:   Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Loji Air Bongawan di Membakut  dijangka akan dapat diselesaikan menjelang pertengahan tahun 2023.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury berkata, projek tersebut kini dalam peringkat akhir semakan reka bentuk terperinci. 

“Proses perolehan dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2023 setelah perincian reka bentuk dan dokumen perolehan dimuktamadkan. 

“Kesediaan pelaksanaan turut bergantung kepada pengurusan pengambilan tanah yang turut diurus pada masa ini dan diharap dapat diselesaikan menjelang pertengahan tahun 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Dr Daud Yusof (WARISAN-Bongawan) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Limus berkata, projek berkenaan telah diluluskan di bawah biayaan Geran Persekutuan Program BALB Negeri Sabah sejak Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). 

RELATED ARTICLES
Utama

Warga emas ditemui lemas semasa memukat di pantai Kuala Putatan 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya