HomeUtamaKPD Sabah diyakini di landasan tepat

KPD Sabah diyakini di landasan tepat

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU:  Koperasi Pembangunan Desa (KPD) diyakini berada dalam landasan tepat dalam meningkatkan keupayaan ekonomi para petani dan penternak kecil di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Raime Unggi berkata, ini susulan rancangan mapan yang dilaksanakan pihaknya dan strategi pembangunan di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Menurutnya, antara salah satu lagi peningkat impak positif adalah pengumuman bajet 2023 melibatkan pembangunan Smart System berjumlah RM20.28 juta oleh kerajaan yang mampu membantu penternak dan petani kecil di Sabah.

“Projek ini dijangka melibatkan seramai 2,015 peserta di mana program Smart System tersebut akan membangunkan pusat pengumpulan hasil ternak dan tani mereka sebelum dipasarkan.

“Setakat ini, enam lokasi telah siap di bina  dan bagi pihak KPD ia merupakan momentum positif bagi meningkatkan hasil pertanian dan ternakan negeri Sabah pada tahun hadapan, “katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan replika cek sumbangan KPD kepada Kerajaan Negeri di Bangunan DUN Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

Upacara tersebut menyaksikan Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menyerahkan sumbangan bernilai RM1 juta kepada kerajaan negeri, yang diterima oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sementara itu, Raime dalam perkembangan berasingan turut menambah, prestasi KPD selaku GLC dapat membantu lanskap sektor pertanian ditingkatkan dari semasa ke semasa.

“Kita mengumumkan bahawa pemberian bonus minimum RM1,000 pada tahun hadapan kepada semua kakitangan KPD susulan prestasi memberangsangkan sejak tahun lalu.

“Saya selaku Pengerusi KPD juga berharap dengan adanya imbuhan seperti ini, koperasi terus bertambah maju dan mapan selaras dengan hala tuju yang dibawakan SMJ dan kerajaan negeri, “katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPLB Sabah diminta kemaskan pentadbiran Pejabat Daerah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular