HomeUtamaKerajaan Negeri menerima RM152 juta dividen daripada GLC negeri dan Badan Berkanun

Kerajaan Negeri menerima RM152 juta dividen daripada GLC negeri dan Badan Berkanun

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menerima sejumlah RM152,037,264.26 dividen bagi tahun kewangan 2021 daripada 15 buah syarikat berkaitan kerajaan Sabah dan lima badan berkanun di sini hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerima dividen daripada GLC dan badan berkanun masing-masing di Bilik Danum, bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Antara GLC GLC negeri yang membayar dividen ialah Petronas Dagangan Berhad (RM460,000),  Suria Capital Holdings Berhad (RM230,400), Keningau Agro-Venture Sdn Bhd (RM1juta), FGV Holdings Bhd (RM 5,272,511.52) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (RM 17,242,984.13).

Turut membayar dividen adalahh Progressive Insurance Berhad (RM6,183,770), Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (RM9 juta), Sawit Kinabalu Sdn Bhd (RM 41,796,000), Borneo Development Corporation Sdn Bhd (RM174,897.61), Taman Perindustrian Kota Kinabalu (RM10 juta), Innoprise Corporation Sdn Bhd (RM2.608 juta), Desa Group Sdn Bhd (RM2 juta), Qhazanah Sabah Berhad (RM15 juta), Sabah Credit Corporation (RM17 juta) dan Sabah Development Berhad (RM20 juta).

Badan berkanun yang membayar dividen itu ialah Lembaga Perusahaan Getah Sabah (RM1.317 juta), Koperasi Kemajuan Luar Bandar (RM1juta), Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (RM1juta), Safoda (RM70,000) dan Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (RM681,365).

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Rosmadi Sulai, Setiausaha Tetap Kewangan Datuk Sofian Nair. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular