HomeIsu tempatanSESB laksana catuan bekalan elektrik

SESB laksana catuan bekalan elektrik

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah melaksanakan catuan bekalan elektrik di beberapa kawasan di negeri ini dan Labuan pada hari ini.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir Idris Mohd Noor berkata, catuan itu dilaksanakan berikutan berlaku kerosakan luar jangka di salah satu Stesen Janakuasa Bebas (IPP).

Katanya, catuan itu dilaksanakan bagi memastikan kestabilan Sistem Grid Sabah.

“Kejadian kerosakan luar jangka pada salah satu set janakuasa berkeupayaan 95MW salah satu IPP telah memaksa SESB membuat catuan bekalan elektrik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Idris berkata, kejadian ini turut mengakibatkan kapasiti penjanaan sedia ada iaitu sebanyak 911MW tidak dapat menampung permintaan bekalan elektrik yang semakin meningkat terutama pada waktu beban puncak (peak demand).

Bagaimanapun katanya, bekalan elektrik telah dapat dipulihkan secara berperingkat bermula pada pukul 12.28 tengahari pada hari yang sama.

“Para pengguna adalah dinasihatkan untuk menghubungi Careline SESB di15454 dan 088-515 000 ataupun WhatsApp kepada 019- 852 5427 jika berlaku sebarang gangguan bekalan elektrik,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular