HomeUtamaDUN Sabah : JANS berjaya capai kutipan hasil jualan air sebanyak 87...

DUN Sabah : JANS berjaya capai kutipan hasil jualan air sebanyak 87 peratus

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) setakat ini telah berjaya mengutip sebanyak 87 peratus daripada Anggaran Hasil Kutipan yang disasarkan sehingga hujung tahun ini iaitu sebanyak RM280 juta.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik berkata, kutipan hasil jualan air pada tahun ini dijangka akan meningkat dan lebih baik berbanding tahun 2020 dan tahun 2021.

Katanya, purata Kadar Kehilangan Air tidak Berhasil (NRW) juga kini berada pada tahap 62 peratus dengan sasaran pada penghujung tahun ini iaitu penurunan sehingga 52 peratus.

“Selain itu, perancangan dan pembangunan bekalan air negeri Sabah untuk Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe12) adalah dilaksanakan melalui program-program utama bekalan air negeri Sabah.

“Antaranya seperti Program Pembangunan Bekalan Air Negeri di bawah biayaan Kerajaan Negeri; Program Bekalan Air Serta-Merta / Rancangan Bekalan Air Negeri Sabah melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA); dan Geran Persekutuan untuk Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Negeri Sabah melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia (KPLB),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini semalam.

Robert berkata, sehingga kini, JANS telah membelanjakan RM391.09 juta atau 86.3 peratus  peruntukan yang telah diluluskan pada tahun ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular