HomeIsu tempatanKanak-kanak hilang dikhuatiri dibaham buaya

Kanak-kanak hilang dikhuatiri dibaham buaya

Read Time:1 Minute, 0 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak hilang, manakala bapanya cedera selepas diserang buaya di perairan berhampiran Pangkalan Marin, di sini pagi tadi

Kanak-Kanak lelaki berumur satu tahun itu dipercayai dibaham buaya ketika mendayung sampan bersama bapanya di kawasan tersebut kira-kira jam 10.05 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.25 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bomba digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Operasi berkenaan turut dibantu oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Terdapat dua mangsa yang terlibat iaitu seorang lelaki Palauh dan kanak-kanak lelaki dipercayai diserang buaya ketika mendayung sampan di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurutnya, lelaki terbabit berjaya diselamatkan oleh orang awam dan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan, manakala anaknya pula masih hilang dipercayai dibaham buaya.

“Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Lahad Datu menggunakan Ambulan untuk menerima rawatan susulan.

“Pasukan bomba masih menjalankan operasi Search And Rescue (Surface) bersama agensi lain di sekitar perairan lokasi kejadian,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Beliawanis Gagasan Rakyat digesa lebih aktif laksana program berbentuk ilmiah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular