HomeUtamaTaman Tun Fuad Stephens ditutup sementara untuk kerja-kerja menaiktaraf - DBKK

Taman Tun Fuad Stephens ditutup sementara untuk kerja-kerja menaiktaraf – DBKK

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil maklum berkenaan satu kenyataan orang awam yang tular berhubung isu penutupan sementara Taman Tun Fuad Stephens bagi tujuan kerja-kerja penaiktarafan Projek Taman Botani Tun Fuad Stephens Kota Kinabalu.

Sehubungan dengan itu, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip memaklumkan bahawa taman ini merupakan tanah gazet (26-1974) Fish Lake and Botanical Garden dan projek yang bakal dibangunkan itu adalah selaras dengan maksud gazet tersebut.

Noorliza berkata, projek ini merupakan sebuah projek kerajaan persekutuan bagi membangunkan dan menaiktaraf
kawasan seluas 44.13 ekar iaitu tertumpu di kawasan sekitar trek jogging dan tasik sedia ada dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

“Pihak Jabatan Landskap Negara (KPKT) adalah merupakan Pengurus Projek dan juga Pegawai Penguatkuasa bagi projek ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Noorliza, pembinaan ini akan mengambil masa lebih kurang dua tahun untuk disiapkan. Oleh itu, atas faktor keselamatan awam dan kelancaran pelaksanaan projek ini serta bagi mematuhi peraturan Akta Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan (OSHA) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), aktiviti rekreasi (trek jogging) akan ditutup bermula pada 10 Disember 2022 sehingga 18 September 2024.

“Walaubagaimanapun, Dewan Putra dan Restoran Kampung Nelayan, Restoran Lake View dan tapak penjaja sementara masih dibenarkan beroperasi dan boleh dikunjungi orang awam,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan beberapa sesi libat urus yang melibatkan agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sekitar telah diadakan iaitu bengkel-bengkel reka bentuk pada tahun 2019 dan 2021, perjumpaan bersama penjaja pada bulan Oktober 2022 dan temuramah pemegang taruh (skop laporan PMM).

Turut dijelaskan fungsi utama sebagai kawasan rekreasi dan tasik di taman itu akan dikekalkan malah akan ditambahbaik dengan kemudahan baharu dan juga akan menonjolkan identiti, budaya dan keunikan tumbuhan di Negeri Sabah.

Justeru itu, katanya, pembangunan dan naiktaraf ini dijangka akan menjadi salah satu daya tarikan baharu di Kota Kinabalu apabila ia siap kelak dan ianya akan dibuka semula kepada orang awam untuk menjalankan aktiviti rekreasi seperti biasa tanpa bayaran masuk ke taman seperti sedia kala.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya