HomeUtamaDakwaan Unggah RM2.4 Bil Kurang Kerana Penurunan Royalti, Cukai Petroleum Tak Logik...

Dakwaan Unggah RM2.4 Bil Kurang Kerana Penurunan Royalti, Cukai Petroleum Tak Logik – DAP

Read Time:42 Second

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR: DAP Sarawak mahu Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Douglas Uggah Embas menjelaskan pengurangan hasil Sarawak sehingga RM2.4 bilion daripada anggarannya pada tahun 2021.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen membidas dakwaan Uggah kononnya kekurangan hasil itu akibat penurunan kutipan royalti minyak dan cukai jualan produk petroleum sebagai tidak boleh diterima dan tidak logik.

Penjelasan Unggah itu bermakna harga minyak mentah antarabangsa jatuh dalam tempoh itu, sebaliknya situasi itu tidak berlaku.

“Sedangkan, harga telah meningkat dengan ketara berbanding 2020,” kata Chong.

Chong berkata, harga purata minyak setong ialah AS$47.62 pada awal 2021 sebelum meningkat kepada AS$75.21 menjelang akhir tahun.

“Melainkan anggaran itu tidak realistik,” kata Chong.

Sarawak sebelum ini mengumumkan Bajet 2021 berjumlah RM10 bilion.

Bagaimanapun, bajet negeri tahun depan mendedahkan hasil negeri hanya RM7.6 bilion pada 2021.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular