HomeUtamaDua menteri untuk Sabah, sedikit tetapi adil - Masidi

Dua menteri untuk Sabah, sedikit tetapi adil – Masidi

Read Time:1 Minute, 4 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Pelantikan dua menteri mewakili Sabah dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat merupakan satu perkara yang sudah dijangka.

Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Masidi Manjun ketika memetik laporan MalayMail berkata, pengagihan itu dianggap adil berdasarkan keadaan saiz Kabinet Kerajaan yang diperkecilkan kepada 28 orang berbanding sebelum ini iaitu seramai 32 orang.

“Bilangan menteri telah dikurangkan dan ia sejajar dengan senario politik semasa, justeru saya tidak mengeluh,” katanya yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali menjadi antara wakil Sabah yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).

Turut dilantik Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Masidi berkata, pelantikan Armizan dan Ewon bagi mengisi dua portfolio itu dilihat amat baik khususnya kepada negeri Sabah.

“Bagaimanapun saya berharap akan ada lebih ramai lagi Ahli Parlimen Sabah dilantik sebagai Timbalan Menteri dalam Kerajaan Perpaduan ini,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan seramai 28 menteri akan membarisi Kabinet Kerajaan Perpaduan berbanding 32 sebelum ini.

Anwar turut melantik seorang Ahli Parlimen dari parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Fadillah Yusof sebagai salah seorang Timbalan Perdana Menteri. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas wartawan penderma organ pertama di Sabah tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya