HomeUtamaAgensi Kerajaan Negeri perlu lebih proaktif, kreatif adakan MBJ

Agensi Kerajaan Negeri perlu lebih proaktif, kreatif adakan MBJ

Read Time:1 Minute, 49 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Agensi Kerajaan Negeri perlu lebih proaktif dan kreatif dalam mengadakan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) sebanyak tiga kali dalam setahun.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai berkata, inisiatif ini penting bagi memastikan semua agensi dapat melaksanakan MBJ setiap tahun dengan konsisten sama ada secara bersemuka atau secara atas talian.

PENERIMA Anugerah Kecemerlangan Pelaksanaan MBJ Agensi Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2021 dan Anugerah 3T merakam gambar kenangan.

“Misalnya, mesyuarat MBJ boleh dimasukkan dalam jadual semasa mengadakan program dalaman jabatan seperti Hari Keluarga, Retreat, Bengkel, Lawatan, dan program yang bersesuaian.

“Kelebihan mengadakan program secara dua dalam satu ini bukan sahaja menjimatkan masa dan kos, tetapi juga satu peluang untuk mencungkil bakat dan potensi pihak pekerja,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022, di sini hari ini.

Selain itu Rosmadi, mesyuarat MBJ menerusi sesi libat urus antara pegawai dan pihak pekerja juga perlu diberi keutamaan oleh pengurusan agensi bagi memastikan hubungan majikan dan pekerja yang harmoni.

10 wakil agensi yang menerima Anugerah Khas dan Kecemerlangan Pelaksanaan MBJ Agensi Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2021 merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.

Katanya, majikan seharusnya mengambil perhatian serius untuk mengadakan sesi libat urus dengan pihak pekerja bagi membincangkam isu dan mencari jalan penyelesaian.

Tambahnya, pihak pekerja juga seharusnya peka apabila membawa isu-isu baharu untuk mesyuarat dengan memperhalusi isu sebelum dimasukkan dalam agenda mesyuarat.

JPAN turut menerima Anugerah Khas MBJ yang diwakili oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JPAN Mary Paul Mijong Dagul (kanan) yang disampaikan oleh Rosmadi (dua,kiri).

Justeru, beliau meminta supaya pengurusan MBJ dalam mempraktikkan Strategi 7T Hala Tuju JPAN 2022 iaitu Tangkas, Telus, Tepat, Tertib,Tegas, Tanggungjawab, dan Terima Kasih serta menerokai idea dan inovasi baharu bagi memastikan pengurusan berjalan lancar.

Terdahulu, sebanyak 34 agensi menerima sijil atas pelaksanaan MBJ dengan cemerlang dan dengan jayanya, diikuti anugerah khas dan anugerah kecemerlangan yang diberikan kepada 10 agensi pada majlis berkenaan.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah Datuk Mansur Asun, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) JPAN Ramlee Kariah, Pengarah Saraan dan Pencen JPAN Rozhan Zul Azri Talikop,serta Pengarah-Pengarah Jabatan dan Bahagian JPAN. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Seks Luar Tabii: Tiga individu lelaki dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun,...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular