HomeIsu tempatanDua maut dalam kemalangan jalan raya di Beluran

Dua maut dalam kemalangan jalan raya di Beluran

Read Time:44 Second

BELURAN: Seorang pemandu dan seorang penumpang maut dalam satu kejadian kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Telupid dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Jamil Matesair, 38, dan Jumiani Tumanan, 31.

Menurut Kasim, siasatan di tempat kejadian mendapati Perodua Myvi dari Telupid menghala Sandakan manakala sebuah van dari Sandakan menghala Telupid.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi cuba untuk memotong kenderaan di hadapannya, namun sebuah lori treler lalu masuk ke laluan bertentangan dan bergesel dengan sebuah van kemudian van tersebut hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan terlanggar lori treler di bahagian tayar sebelah kanan.

“Pelanggaran menyebabkan pemandu dan penumpang van meninggal dunia setelah beberapa jam ketika sedang dirawat oleh doktor di hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya