HomeIsu tempatanBakal doktor UMS tingkatkan kesedaran pencegahan Malaria Monyet

Bakal doktor UMS tingkatkan kesedaran pencegahan Malaria Monyet

Read Time:1 Minute, 40 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KUDAT: Pelajar Perubatan tahun empat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) melaksanakan kajian berkaitan penyakit Malaria Monyet di Kampung Malamam dan Kampung Sakat Malamam, di sini, baru-baru ini.

Modul Perubatan Komuniti selama tujuh minggu itu antara lain memberi peluang kepada para pelajar perubatan mendekati komuniti setempat, memahami masalah dan keperluan kesihatan penduduk, serta melakukan kajian dan melaksanakan promosi kesihatan.

Majlis perasmiannya disempurnakan Dekan FPSK UMS, Profesor Dr Mohammad Saffree Jeffree.

Katanya, walaupun kes jangkitan malaria secara amnya menunjukkan penurunan, namun jangkitan malaria bawaan haiwan (beruk/ kera) atau dikenali sebagai zoonotic malaria telah menunjukkan peningkatan.

“Modul ini memberikan kelainan kepada pelajar yakni mereka perlu turun padang dan mendekati komuniti dalam persekitaran setempat.

“Selain berkongsi hasil dapatan kajian dan memberi pendidikan kesihatan kepada penduduk kampung, program ini turut diisi dengan pelbagai acara lain seperti perlawanan persahabatan bersama penduduk kampung, acara sukaneka dan juga pertandingan mewarna bagi kanak-kanak,” katanya.

Saffree turut berpesan kepada penduduk kampung untuk sentiasa peka dengan kesihatan diri dan keluarga serta sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan jangkitan malaria dan penyakit-penyakit lain.

“Penduduk juga boleh mendapatkan rawatan di Klinik Pusat Pendidikan Perubatan Desa (Rural Medical Education Centre – RMEC) yang terletak di Sikuati, Kudat.

“RMEC telah bekerjasama dengan Klinik Kesihatan Sikuati dalam menyediakan rawatan pesakit luar serta rawatan pakar daripada UMS,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Kampung Malamam, Jumial Yakim dan Ketua Kampung Sakat Malamam, Halau Majunkat masing-masing menzahirkan ucapan terima kasih atas inisiatif penganjuran program berkenaan.

“Program seperti ini amat bermanfaat kepada seluruh penduduk kampung dan diharap lebih banyak lagi program-program seumpama ini dapat dilaksanakan UMS di sini,” ujar mereka.

Dalam pada itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj Mansor berkata, program-program sedemikian bukan sahaja menjadi wadah pembelajaran kepada bakal-bakal doktor perubatan, malah dapat menzahirkan aspirasi UMS untuk mendekati masyarakat di Sabah.

Program tersebut turut disertai para pensyarah, Unit Kawalan Vektor dan Unit Pergigian Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat serta Klinik Kesihatan Lotong. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya