HomeUtamaJabatan Air Perlu Segera Selesai Masalah Bekalan Air di Sipitang

Jabatan Air Perlu Segera Selesai Masalah Bekalan Air di Sipitang

Read Time:1 Minute, 57 Second

SIPITANG: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) digesa segera menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang dihadapi oleh hampir 16 ribu penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Sindumin, Sani Miasin berkata, masalah gangguan bekalan air telah berlaku sejak 30 Nomember 2022 disebabkan oleh kerosakan pada pam air di Loji Rawatan Air Kampung Ulau.

“Setelah tujuh hari berlalu dan sehingga kini masalah bekalan air gagal diselesaikan oleh JANS sehingga menimbulkan kemarahan penduduk kampung yang terjejas.

“Ini kerana ketiadaan bekalan air bersih amat menyusahkan kehidupan harian penduduk kampung. Perniagaan khususnya gerai-gerai makan dan kedai kopi juga turut terjejas.

“Walaupun JANS ada menghantar air menggunakan sebuah lori tangki air bersih dari Beaufort, dan sebuah lagi lori tangki Majlis Daerah Sipitang, namun ianya tidak mencukupi untuk menampung keperluan pengguna yang ramai.

“Tambahan pula lokasi kampung-kampung yang terjejas berjauhan menyebabkan penggunaan dua lori tangki menghantar air tidak mencukupi untuk kegunaan pengguna.

“Justeru JANS perlu menghantar air menggunakan lebih banyak lori tangki air bersih ke kampung-kampung yang terjejas, memandangkan masih belum ada tanda kerosakan pam air dapat dibaiki dalam tempoh terdekat”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Sani mengulas aduan dan kemarahan penduduk kampung di media sosial berikutan masalah gangguan bekalan air yang tiada kesudahan setelah masuk hari ke tujuh.

Beliau berkata, berdasarkan data yang dia terimanya, gangguan bekalan air berlaku di sebanyak 25 buah kampung daripada Mukim Sindumin dan Mukim Mesapol.

Mukim Mesapol melibatkan Kampung Melalia, Kg Sungai Tiga, Kg. Pasir Putih, Kg.Merambai, Kg Ulu Sipitang, Kg.Kalamauh, Kg Guruh-Guruh, Kg.Buang Sayang, Kg.Menengah, Kg.Aru Sembilan, Kg.Muhibbah, Kg.Pelakat, Kg.Pelakat Skim, Kg.Merintaman, Kg.Naparan dan Kg.Padang Berampah.

Sementara kampung dalam Mukim Sindumin yang terjejas ialah Kampung Bangsal, Kg.Lubang Buaya, Kg.Pantai, Kg.Tanjung Nipis, Kg.Ranau-Ranau, Kg.Bahagia, Kg.Seri Menanti, Kg. Kawang Lama dan Kg. Skim Sindumin.

Sani menegaskan JANS perlu mempunyai perancangan jangka panjang menyelesaikan masalah air di DUN Sindumin, termasuk menggantikan pam air yang baharu pada loji-loji rawatan air sedia ada.

Pada masa yang sama katanya, Kerajaan perlu percepatkan pembinaan loji rawatan air yang baharu memandangkan loji sedia ada tidak mampu menampung permintaan air semakin meningkat.

“Masalah air dalam DUN Sindumin telah berlaku sejak sekian lama dan tidak ada penyelesaian yang tuntas oleh JANS. Rakyat berharap masalah tu dapat diselesaikan oleh Kerajaan secara menyeluruh”, tambahnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sydney dinobat pemenang peringkat serantau Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya