HomePolitikRonald Kiandee nafi BERSATU Sabah terkubur

Ronald Kiandee nafi BERSATU Sabah terkubur

Read Time:44 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menegaskan dirinya kekal terus bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menerusi kenyataan berkenaan, ia sekali gus menjadikan Naib Presiden Bersatu terbabit sebagai wakil tunggal Bersatu di Sabah.

“Saya masih bersama Bersatu Sabah malahan kekal sebagai Ketua Bahagian Bersatu Beluran.

“Pemimpin Bersatu Sabah mengadakan perjumpaan semalam (9 Disember) tetapi saya tidak menerima jemputan atau makluman tentang perkara itu.

“Oleh itu, tindakan yang diambil bekas Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor itu tidak akan mengakibatkan Bersatu Sabah terkubur,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Ronald berkata, keputusan sesetengah ahli keluar Bersatu di Sabah adalah hak individu untuk mereka meneruskan kelangsungan politik masing-masing.

“Bagaimanapun, kesimpulannya Bersatu di Sabah tetap akan kekal dan kita yakin untuk membina semula parti ini pada bila-bila masa,” katanya – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular