HomeUtamaKPB, kenderaan PPB beri manfaat penduduk pedalaman

KPB, kenderaan PPB beri manfaat penduduk pedalaman

Read Time:1 Minute, 4 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU:  Klinik Pergigian Bergerak (KPB) dan Kenderaan Pasukan Pergigian Bergerak (PPB) memberi manfaat kepada penduduk kawasan pedalaman Sabah.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, kedua-dua kemudahan itu adalah bertujuan untuk memberikan kemudahan kesihatan yang terbaik kepada penduduk di Sabah terutama di kawasan pedalaman.

“KPB merupakan kenderaan yang diubahsuai menjadi klinik pergigian dan dilengkapi dengan peralatan pergigian statik untuk memberikan perkhidmatan pergigian secara outreach.

“Manakala, PPB dengan kenderaan transmisi pacuan empat-roda (4WD) bermanfaat kepada lebih ramai penduduk yang tinggal jauh dari fasiliti klinik pergigian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan KPB dan Kenderaan PPB Negeri Sabah di sini, semalam.

Rose Nani berkata, kedua-dua fasiliti ini akan bergerak keluar ke kawasan pedalaman untuk memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian termasuk di sekolah-sekolah, Taska dan Tadika, Klinik Desa, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Pusat Jagaan Warga Emas selain bekerjasama dalam pelbagai program yang dianjurkan agensi kerajaan dan agensi luar.

Katanya, KPB akan ditempatkan di Sandakan manakala kenderaan PPB di Sandakan, Tongod dan Semporna. 

Hadir sama, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Sabah, Dr Zaiton H. Tahir, Pegawai Pergigian Kawasan Sandakan, Dr Asmahani Aziz dan Pengurus Besar Syarikat Pioneer Coachbuilders Sdn Bhd, Khaw Soy Ou.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya