HomeUtamaPelajar Sabah Johan Teater Pembaca Peringkat Antarabangsa

Pelajar Sabah Johan Teater Pembaca Peringkat Antarabangsa

Read Time:1 Minute, 13 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KENINGAU: Pasukan pelajar jurusan Bakeri dan Pastri Kolej Vokasional Keningau telah mendapat tempat pertama di festival seni “Art Marathon in France” dalam kategori Teater Pembaca yang berlangsung secara dalam talian pada 5 Disember lalu.

Ketua Kajian dan Inovasi, Kolej Vokasional Keningau, Dr Mohd Sirhajwan Idek berkata, pasukan ini terdiri daripada lapan orang pelajar tahun dua di kolej itu.

“Lima orang ahli pasukan tersebut iaitu Nur Anne Juehanna Azalan, Michel Anabella Samuil, Nur Syazwina Nazir, Natasha Emiley Nicoly Francis dan Rezky Aulia Nawir merupakan pelakon manakala tiga orang pelajar lagi iaitu Saidatul Zahara Jaslin, Aimee Farah Adhirah Aminul dan Iqmal Qhairi Naidu Muhd Syukur bertugas sebagai kru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau lagi, teater pembaca adalah stail pembacaan skrip secara dramatik tanpa menggunakan unsur pementasan seperti alat peraga, kostum dan pemandangan latar belakang.

“Skrip persembahan itu adalah hasil karya mereka sendiri yang mengisahkan perubahan fasa kehidupan dari peringkat remaja sekolah sehinggalah memasuki alam pekerjaan dan seterusnya mendirikan rumahtangga serta berkeluarga,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah KV Keningau, Johari @ Jaibet Sabin, menganggap pencapaian ini sebagai tanda bakat para pelajar dalam bidang seni yang wajar diasahkan kerana ianya mampu membentuk pelajar menjadi kreatif dan menghargai warisan budaya.

Beliau berharap amalan penerapan seni dalam bidang pendidikan terus diperkembangkan dalam sistem pendidikan tempatan.

Video persembahan pelajar-pelajar itu boleh diakses melalui pautan berikut. Persembahan mereka yang bertajuk “Butterfly” (Rama-rama) boleh diakses melalui pautan berikut: https://youtu.be/ZjLzSGDOUUE

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular