HomeIsu tempatanTun Juhar, YNJ serah sumbangan kepada Tabung Wakaf Tunai Pendidikan UMS

Tun Juhar, YNJ serah sumbangan kepada Tabung Wakaf Tunai Pendidikan UMS

Read Time:34 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Tabung Wakaf Tunai Pendidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima sumbangan sebanyak RM30,000.

Sumbangan yang disalurkan itu masing-masing berjumlah RM15,000 yang disumbangkan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Yayasan Tun Jauhar (YNJ) yang diserahkan sendiri Penasihat YNJ Toh Puan Norlidah RM Jasni.  

Kedua-dua sumbangan itu diterima Naib Canselor UMS Datuk Profesor Dr Kasim Mohd Mansur seterusnya disaksikan Pro Canselor UMS Tan Sri Azman Hashim dan  Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Majlis penyerahan ringkas sumbangan itu disampaikan sempena Majlis Konokesyen UMS kali ke-24 di Dewan Canselor di sini semalam. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peserta Sugandoi, golongan muda diseru pelihara, promosi budaya Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya