HomeUtamaSTEP mangkin keusahawanan golongan belia

STEP mangkin keusahawanan golongan belia

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Program Kemahiran Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP) menjadi pemangkin penglibatan golongan belia dalam bidang keusahawanan.

Timbalan Setiausaha Tetap I, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI), Maria Chong berkata, kerajaan negeri melalui KSTI sentiasa bertekad untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya melalui pelbagai program kemahiran khusus kepada golongan belia.

“Penglibatan belia dalam bidang keusahawanan berjaya meningkatkan daya saing ekonomi negeri dan negara selain mampu mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu.

“STEP merupakan program kemahiran di bawah Rancangan Malaysia ke-12 bertujuan mendekati golongan sasar yang berbakat dan berpotensi bagi melahirkan usahawan berdaya saing.

“Pihak kerajaan akan terus menyokong para usahawan dan akan berusaha dalam melahirkan lebih ramai usahawan di negeri ini khususnya dalam pembangunan sosio-ekonomi keluarga, kesejahteraan rakyat dan secara langsung menyumbang kepada kestabilan ekonomi serta kemakmuran negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Penyampaian STEP Program Pemasangan dan Penyelenggaraan Gentian Optik dan Mobile Air Conditioning Technician di sini, semalam.

Pada majlis tersebut, Maria menyampaikan sijil tamat kursus kepada 40 peserta kursus Pemasangan dan Penyelenggaraan Gentian Optik dan Mobile Air Conditioning Technician selama tiga bulan bermula pada 12 September yang lalu.

Turut disampaikan, Anugerah Pelatih Terbaik Program Pemasangan dan Penyelenggaraan Gentian Optik dan Anugerah Pelatih Terbaik Mobile Air Conditioning Technician masing-masing kepada Mohd Syahmi Akmal Samreh dan Fazir Hassim.

Hadir sama dalam majlis, Pengarah JPSM, Tianinun Iping, Timbalan Pengarah JPSM Negeri Sabah, Dayang Norsiah Awang Duraman, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah, Tadzul Radim serta Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Latihan Aeroangkasa KKIP, Ts. Aminuddin Zakaria.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya