Mustapha zahir penghargaan kepada PM

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 7 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sepanggar Mustapha Sakmud menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada presiden PKR itu atas kepercayaan yang diberikan bagi mewakili parti dan Sabah untuk berkhidmat di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Mustapha berkata, pelantikan itu merupakan satu penghormatan dan tanggungjawab yang perlu digalas bagi menyokong usaha kerajaan Perpaduan dalam memajukan negara.

“Fokus utama saya ialah membantu usaha Menteri Sumber Manusia melaksanakan pentadbiran sumber manusia yang cekap, sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara dan meningkatkan kebajikan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustapha juga bertekad membantu memastikan bahawa segala usaha dan inisiatif yang diambil oleh kementerian itu “akan memberi manfaat semua rakyat Malaysia” termasuk Sabah dan Sarawak.

Mustapha merupakan antara tujuh timbalan menteri dari Sabah yang dilantik oleh Anwar bagi menjayakan kerajaan Perpaduan.

Ahli Parlimen Sabah lain yang dipilih sebagai timbalan menteri itu ialah Datuk Siti Aminah Aching (Kementerian Perladangan dan Komoditi) dan Datuk Mohamad Alamin (Kementerian Luar), Datuk Arthur Kurup (Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi), Chan Foong Hin (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ), Khairul Firdaus Akbarkhan (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan) dan Datuk Yusof Apdal (Kementerian Pengajian Tinggi).

Pada PRU-15 Nov lepas, Mustapha yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan menang kerusi Parlimen Sepanggar dengan majoriti 7,042 undi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *