Bung tolak dakwaan DUN Sabah dibubarkan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:54 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menolak dakwaan kononnya ada usaha untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Perkara itu berikutan keputusan pemimpin Bersatu Sabah meninggalkan parti pimpinan Tan sri Muhyiddin Yassin yang diumumkan oleh Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor semalam.

Bung berkata dalam satu kenyataannya semalam, perkara itu sudah dimaklumkan lebih awal dan beliau sekali gus menegaskan menolak dakwaan ada usaha DUN Sabah akan dibubarkan sekali lagi.

“Saya faham mengenai matlamat pemimpin GRS itu keluar dari Bersatu kerana mereka telah menyertai Kerajaan Perpaduan, jadi sudah tentu tidak manis kerana di Sabah mereka mewakili Bersatu tapi di Persekutuan mereka tidak bersama-sama jadi saya melihat keputusan yang dibuat oleh Bersatu Sabah ini tepat pada masanya untuk menyesuaikan keadaan pemimpin-pemimpin, wakil-wakil rakyat mereka di Negeri Sabah khususnya.

“Justeru, DUN Sabah tidak perlu dibubarkan sebab ianya akan menyusahkan rakyat,” katanya.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri yang diterajui GRS-BN perlu menyesuaikan dalam apa jua keadaan dan saling memahami dalam pelbagai andaian ataupun retorik politik.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *