HomeSukanFAM turun harga tiket Piala AFF di Stadium Nasional

FAM turun harga tiket Piala AFF di Stadium Nasional

Read Time:1 Minute, 23 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menurunkan harga tiket bagi dua aksi peringkat kumpulan Piala AFF 2022, melibatkan skuad Harimau Malaya menentang Laos dan Singapura, di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman, dalam kenyataan hari ini, berkata, harga terkini bagi setiap aksi itu adalah RM45 bagi tempat duduk terbuka, RM60 (premium) dan RM70 (grandstand), manakala tiket kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun kekal pada harga RM10.

FAM sebelum ini mengumumkan harga bagi menyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu adalah RM50 bagi tempat duduk terbuka, RM70 (premium) dan RM100 (grandstand).

Noor Azman berkata, pihak Ticket Hotline akan memulakan proses pemulangan (refund) untuk amaun berlebihan bagi penyokong yang telah membeli tiket pada harga asal.

“Atas rasa prihatin dan selepas mengambil kira keluhan penyokong Harimau Malaya serta mendengar pandangan daripada banyak pihak, FAM membuat keputusan untuk menurunkan harga tiket.

“Semoga penurunan harga tiket ini akan dapat mengurangkan sedikit beban penyokong untuk ke stadium bagi menyaksikan kedua-dua perlawanan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, sentiasa prihatin mendengar keperluan penyokong dan sangat menghargai sokongan tidak berbelah bagi yang telah diberikan oleh penyokong setia Harimau Malaya yang sentiasa berada di belakang pasukan.

Tiket bagi kedua-dua perlawanan itu boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.tickethotline.com.my.

Skuad Harimau Malaya bakal memulakan kempen Kumpulan B Piala AFF menentang Myanmar di Yangon pada 21 Dis, diikuti aksi menentang Laos di Bukit Jalil pada 24 Dis, Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan menerima kunjungan Singapura di Bukit Jalil (3 Jan).

Skuad Harimau Malaya yang merangkul gelaran juara pada 2010, terkandas di peringkat kumpulan pada edisi lepas di Singapura. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya