HomeSukanFasiliti sukan yang lengkap bantu atlet Para kembang bakat dalam bidang sukan

Fasiliti sukan yang lengkap bantu atlet Para kembang bakat dalam bidang sukan

Read Time:1 Minute, 34 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Pusat Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) banyak memberi peluang kepada seorang graduan Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) Hidayat Abdul Latiff, 31, untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang sukan.

Hidayat yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) kerana mempunyai masalah fizikal tempang kaki sebelah kiri mula menyertai sukan ping pong di UMS sejak tahun 2017.

Katanya, Penasihat Kelab Ping Pong UMS telah memperkenalkannya dengan jurulatih Majlis Sukan Negara (MSN) Sabah yang menguruskan pasukan Para SUKMA dan seterusnya memulakan kariernya sebagai atlet OKU dalam sukan ping pong.

Beliau pernah meraih pingat perak kategori beregu dan pingat perak kategori individu pada tahun 2018 dan seterusnya meraih pingat emas kategori berkumpulan dan pingat perak kategori beregu pada tahun ini di Para SUKMA XX MSN dengan mewakili pasukan Sabah.

“Pusat Sukan UMS menyediakan fasiliti yang lengkap untuk memberi peluang kepada kami dalam membuat latihan sukan ping pong.

“Masyarakat luar banyak tidak percaya kemampuan golongan OKU dalam menyertai sukan apalagi mewakili negeri atau negara ke peringkat yang lebih tinggi.

“Namun saya bertekad untuk terus bersemangat dan membuktikan kepada masyarakat bahawa golongan seperti kami dapat meraih pingat dalam sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Majlis Konvokesyen UMS ke-24 yang berlangsung di Dewan Canselor UMS.

Bapa kepada seorang anak ini amat mengutamakan pelajaran walaupun masa belajar pada hujung minggu adalah sama dengan masa latihan.

Katanya, pengurusan masa amat penting dalam mencapai sesuatu impian dan jurulatihnya juga memberi nasihat untuk mengutamakan pelajaran terlebih dahulu berbanding dengan yang lain.

“Sokongan dan semangat dari isteri juga menjadi dorongan untuk saya terus aktif dalam sukan selepas ini,” katanya yang menerima ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (Ekonomi Sumber Manusia).

Hidayat merupakan pelajar sepenuh masa UMS pada tahun 2016 sehingga 2018 dan menukar mod pengajiannya kepada separuh masa setelah mendapat pekerjaan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah sebagai Penolong Pegawai Tadbir. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Sabah FC waspada bertemu pasukan bekas ‘Ketua Kampung...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular