HomeSukanFinal Piala Dunia: Pertembungan Messi-Mbappe

Final Piala Dunia: Pertembungan Messi-Mbappe

Read Time:1 Minute, 22 Second

AGENSI
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

DOHA: Lionel Messi akan melepaskan ‘baton’ kepada Kylian Mbappe pada aksi final Piala Dunia 2022.

Aksi antara Argentina berdepan Perancis itu akan menjadi penentuan antara salah satu pemain terbaik dunia menentang pemain yang dijangka menjadi sehebat Messi dalam tempoh 15 tahun akan datang.

Messi secara terbuka mengakui edisi kali ini akan menjadi kempen Piala Dunia terakhir buat dirinya.

Meskipun Mbappe 12 tahun lebih muda, tiada perbezaan besar berbanding dua pemain itu pada Piala Dunia kali ini.

Kurang 12 perlawanan berbanding Messi di pentas Piala Dunia, Mbappe hanya ketinggalan dua gol di belakang Messi.

Mereka juga memiliki sejarah berdepan sesama sendiri dalam pertandingan.

Pada pusingan 16 terbaik empat tahun lalu, Perancis menyingkirkan Argentina 4-3 dengan Mbappe meledak dua gol sementara Messi buntu mendapatkan gol.

Rakan sepasukan di Paris Saint Germain (PSG) itu juga kini berkongsi gelaran penjaring terbanyak Piala Dunia 2022 dengan lima gol daripada enam perlawanan.

Rekod keseluruhan Messi di Piala Dunia adalah 11 gol dalam 25 perlawanan manakala Mbappe pula meledak sembilan gol hanya dalam 13 perlawanan.

Mbappe meledak satu gol setiap 112 minit di pentas paling sukar itu sementara gol Messi pula hadir setiap 199 minit.

Namun Messi merekod lapan bantuan gol di Piala Dunia – Mbappe pula hanya dua dan ia dilakukan pada kempen di Qatar.

Mbappe belum lagi merasai kekecewaan di Piala Dunia berbanding Messi dengan dia hampir menjulang Piala Dunia 2014 sebelum dikecewakan Jerman.

Jadi ini adalah peluang terakhir buat Messi dan dia jelas terdesak supaya tidak lagi berdepan kehampaan kali ini.

Mbappe yang menjulang Piala Dunia pada kempen pertamanya pula berpeluang memenanginya buat kali kedua berturut-turut, Ahad ini. – AGENSI

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Sabah FC tidak mahu ambil risiko turunkan pemain...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya