HomePolitikShafie Hipokrit - Mandela

Shafie Hipokrit – Mandela

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ceasar Mandela Malakun menyatakan dakwaan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa tindakan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meninggalkan Bersatu menjejaskan kestabilan politik di Sabah dilihat sebagai suatu tindakan hipokrit.

Ceasar Mandela berkata, hal itu kerana perkara diperkatakan Mohd Shafie itu adalah tindakan sama yang dilakukan partinya sejak kalah dalam pilihan raya negeri (PRN) lalu.

“Mereka (Warisan) sudah merancang untuk menjatuhkan kerajaan GRS-BN sejak hari pertama mengambil alih pentadbiran daripada Warisan.

“Ia sama seperti apa yang mereka lakukan kepada kerajaan negeri di bawah BN pada 2018.

“Mereka dari masa ke semasa menyebarkan khabar angin bahawa terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ingin meninggalkan gabungan GRS-BN untuk membentuk kerajaan negeri dengan beliau (Shafie) sebagai Ketua Menteri.

“Saya rasa ia adalah permainan Warisan untuk memberi harapan kepada ADUN mereka dan menghalang mereka daripada meninggalkan parti,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya