HomeUtama202 KIR, gereja-gereja terima sumbangan sempena sambutan Krismas di DUN Lumadan

202 KIR, gereja-gereja terima sumbangan sempena sambutan Krismas di DUN Lumadan

Read Time:51 Second

BEAUFORT: Seramai 202 ketua isi rumah (KIR) menerima sumbangan berbentuk hamper sempena majlis perasmian Dewan Terbuka Kampung Tinimungon, Limputong dan penyerahan sumbangan Hari Natal kepada gereja-gereja dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dekat sini, kelmarin.

Sumbangan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam bersama Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah.

Ruslan yang juga Pengerusi Perkasa Realty Sdn Bhd berkata, sumbangan hamper itu melibatkan sembilan buah kampung dan ia adalah untuk membantu keluarga dalam kategori B40.

Dalam majlis itu, Ruslan turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada beberapa gereja di Lumadan iaitu Gereja Kg. Lumadan, Kg. Laboi dan Kg. Binunuk.

“Sekurang-kurangnya ini dapat membantu pihak gereja untuk menyambut perayaan Krismas yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya.

Ruslan juga menyeru agar rakyat Lumadan dapat meraikan sambutan perayaan dengan penuh kesederhanaan dan meneruskan perpaduan sesama mereka.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pemimpin Pemaju Masyarakat Lumadan, Dioslin Agustine; ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Ketua-kampung, Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) serta para pemimpin gereja.

RELATED ARTICLES
Utama

74 Gereja di Tongod Terima Sumbangan Sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular