HomeIsu tempatanEmpat pemancing terkandas diselamatkan

Empat pemancing terkandas diselamatkan

Read Time:1 Minute, 28 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU :  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan berjaya menyelamatkan empat pemancing yang terkandas di laut akibat bot terbalik di perairan Pulau Manukan, pagi semalam.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, pihaknya menerusi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu telah menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang mangsa sekitar jam 11.20 pagi.

Katanya, pihaknya telah dimaklumkan bahawa bot yang dinaiki bersama tiga lagi rakannya telah terbalik di posisi 0.03 batu nautika barat Pulau Manukan.

“Bertindak atas maklumat tersebut, bot peronda Penggalang 21 dari Maritim Malaysia Sabah dan Labuan telah diatur gerak ke lokasi.

“Menurut pengadu, beliau bersama tiga lagi rakannya sedang melakukan aktiviti memancing di kawasan Pulau Manukan pagi semalam sebelum bot yang mereka naiki mengalami kebocoran setelah melanggar batu.

“Sejurus tiba di lokasi, keempat-empat mangsa sedang bepaut pada batu di persisir pantai pulau tersebut. Kesemua mangsa seterusnya diselamatkan dan dibawa ke jeti Jesselton Point, Kota Kinabalu untuk bantuan rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa yang terlibat Azmain Nulhassan,23, Al Asim Nasir ,23, Mohammad Fikhri Amri,22 dan Muhammad Aqil Abu Bakar,22, hanya mengalami kecederaan ringan.

Mohd Rosli berkata, Maritim Malaysia menyeru kepada komuniti maritim untuk terus meningkatkan keselamatan semasa melakukan aktiviti di laut seperti peka dengan keadaan cuaca semasa.

Katanya, ini termasuklah dengan memakai jaket keselamatan, pastikan keadaan bot dalam keadaan baik dan membawa alat pengesan lokasi (PLB) serta maklumkan kepada kaum keluarga atau sahabat yang lain lokasi dan tujuan kita dilaut.

“Maritim Malaysia mohon kerjasama daripada komuniti maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan, aktiviti penyeludupan dan bom ikan yang berlaku dipersekitaran perairan Kota Kinabalu ditalian Pusat Operasi MN Sabah 088-387774 atau 999 (MERS),” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular